send link to app

IAW2019 app for iPhone and iPad


4.6 ( 8576 ratings )
Business Reference
Developer: 2en Apps
Free
Current version: 1.0, last update: 4 years ago
First release : 18 Jun 2019
App size: 29.08 Mb

Sambutan Hari Arkib Antarabangsa yang disambut saban tahun merupakan salah satu manifestasi komitmen Arkib Negara Malaysia (ANM) dalam meraikan kepentingan institusi kearkiban di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; disamping memberi pendedahan kepada orang awam tentang kepentingan institusi Arkib; mempromosi bahan-bahan bersejarah dan bernilai kebangsaan kepada orang awam, agensi kerajaan dan swasta; serta menguar-uar perkhidmatan serta manfaat-manfaat yang disediakan oleh ANM kepada orang ramai.

Tahun ini, tema sambutan yang diusulkan oleh ICA bagi sambutan Hari Arkib Antarabangsa seantero dunia iaitu “Designing The Archives” memberi peluang kepada ANM menengahkan perjalanan ANM sebagai sebuah institusi kearkiban menempuh cabaran dan liku-liku perjuangan serta kejayaan dalam memartabatkan khazanah negara selama 6 dekad pertubuhannya. Justeru, “Sustaining a Nation’s Civilization” merupakan tema kebangsaan yang dipilih untuk diterapkan di dalam program-program sepanjang sambutan.